Stevia
telah menjadi tumbuhan kegemaran untuk ditanam di seluruh dunia.
Walaupun asal pokok ini dari benua Amerika Selatan dengan cuaca separa
tropikalnya, kini penduduk Kanada juga turut menanam pokok ini, tidak
kurang juga di negara Europah, apatah lagi negara tropikal seperti
India, Indonesia, Cina, Jepun, dan tidak ketinggalan Malaysia.
Yang menjadi persoalan ialah, mengapa mereka ini begitu ghairah menanam Stevia?
Pokok Stevia induk untuk dibuat keratan anak pokok.
Stevia
adalah sesuatu tanaman ajaib yang mempunyai daun, batang dan bunga yang
manis, malah 30 kali ganda lebih manis berbanding gula. Yang ajaibnya
ialah walaupun ia manis berkali ganda berbanding gula, tetapi Stevia
tidak membawa kalori ke dalam tubuh manusia.
Melalui
kajian yang dibuat, Stevia amat serasi dan sangat berkesan untuk
digunakan oleh pesakit Diabetes serta warga Obes yang mahu menurunkan
berat badan. Kerana
2 faktor ini sahaja, permintaan keatas Stevia menjadi amat tinggi,
sementara bekalannya pula tidak mencukupi, justeru ramai yang menanamnya
untuk memenuhi keperluan sendiri, lebih-lebih
lagi di negara maju yang kini amat sensitif dengan gula, yang dianggap
sebagai racun yang memudharatkan tubuh manusia. Kerana itu, pembuat
minuman soda Coca-Cola turut menggunakan Stevia sebagai pemanis untuk
menggantikan gula tiruan 'aspartame'.
Stevia yang terdapat dalam pasaran masakini lazimnya berbentuk 'White Stevia' iaitu jenis ekstrak dari daun Stevia.
Walaubagaimanapun,
kami tidak menghasilkan 'White Stevia' tetapi 'Green Stevia'. Kami
percaya 'Green Stevia' jika diambil dalam bentuk asal, asli dan tulen
boleh memberi lebih banyak faedah kepada pengguna.
Apakah kelebihan 'Green Stevia' berbanding 'White Stevia'? Banyak sekali....
Serbuk Stevia Hijau ('Green Stevia')
Stevia Hijau membawa segala garam elektrolit dan pelbagai mineral untuk menampung keperluan tubuh, manakala 'White Stevia' hanya membawa stevioside, iaitu pemanisnya sahaja.
Pengidap penyakit Parkinson's perlu beri perhatian di sini. Teh Stevia akan hentikan tubuh anda dari menggeletar kerana sistem saraf anda akan disambungkan semula untuk melancarkan elektron bergegas ke otot...
Berapa Ribu Ringgit mahu anda bayar jika tubuh tidak menggeletar lagi?.
Di sini ialah laman web kami dalam bahasa Inggeris www.stenos.com.my
Berapa Ribu Ringgit mahu anda bayar jika tubuh tidak menggeletar lagi?.
Di sini ialah laman web kami dalam bahasa Inggeris www.stenos.com.my
No comments:
Post a Comment