Latar Belakang Projek: Teh Stevia Hijau - Teh Manis Tiada Gula!
Stevia Rebaudiana kini menjadi satu fenomena yang melanda dunia kebelakangan ini kerana sejarah penggunaanya oleh masyarakat asal Paraguay yang melampaui 1500 tahun. Seperti mana negara Korea termasyhur kerana Ginseng, Jepun dengan cendawannya, Malaysia dengan Tongkat Alinya, demikian juga dengan Paraguay sinonim dengan Stevia Rebaudiana.
Pokok renek ini telah menarik minat para saintis menyelidik dan mengkaji tumbuhan istimewa ini kerana daunnya yang amat manis, 30 kali ganda lebih manis berbanding gula tebu. . Para saintis amat teruja kerana unsur manisannya - 'stevioside', tidak membawa kalori ke dalam tubuh, lantas memang amat sesuai disasarkan kepada warga obes serta pengidap Diabetes.
Faktor utama ini juga turut menarik minat ramai pelabur dan pengusaha untuk menanam tumbuhan ini secara komersial bagi menangani permintaan gula dunia yang kian meningkat. Malah kelebihan manisan daun Stevia yang tidak memudharatkan tubuh manusia, mendorong kepada penghasilan produk khusus bagi pengidap Diabetes serta warga obes seluruh dunia.
![]() |
Ekstrak Stevia Putih |
'ASPARTAME' pemanis tiruan dengan jenama PAL-SWEET, NEUTRA-SWEET dan sebagainya tidak lagi digunakan sebagai pengganti gula dalam minuman atau makanan kerana disabitkan dengan gejala Barah.
Satu isu penting telah timbul terhadap ekstrak 'White Stevia' ini. Mengapa warnanya putih sedangkan pokok Stevia berwarna hijau? Kini pengguna berasa tidak selesa menggunakan produk ini kerana sifat 'White Stevia' ini tiada beza dengan 'gula tiruan' lain yang lazim terdapat di pasaran.
Daun Stevia Hijau |
Serbuk Stevia Hijau |
Walaubagaimanapun, ramai tidak sedar bahawa 'Teh Stevia Hijau' lebih serasi dan amat mujarab apabila diamalkan setiap hari oleh pengidap Diabetes dan warga Obes secara mudah sambil mendapat menfaat lain untuk kebaikan tubuh.
Masyarakat perihatin di negara maju kini lebih cenderung terhadap 'Stevia Hijau' berbanding ekstrak 'Stevia Putih' justeru, kami juga menitikberatkan penghasilan produk berasaskan 100% 'Stevia Hijau' untuk memenuhi keperluan sama.
PEMBENTANGAN CADANGAN / VALUE PROPOSITION
BALIK
Teh manis tiada gula, Amalkan selalu membenteras gejala,
No comments:
Post a Comment