Sesiapa yang terlibat dengan Stevia, terutamanya kaum wanita, pasti akan mendapat kegembiraan yang amat sangat. Kerjanya ringan, tetapi pendapatan cukup memuaskan. Mereka akan asyik dengan pokok ini dan akan belai dengan penuh kasih sayang, kerana teh yang dihasilkan akan mengatasi banyak masalah kesihatan dan kewangan.
3 jam - 7.30 - 10.30 pagi melayan pokok Stevia sudah menjadi amalan sihat setiap hari.
Menuai daun adalah kerja yang memberangsangkan
Membasuh daun amat menyeronokkan, sambil berangan-angan membayangkan duit yang bakal masuk....
Saat yang paling mengembirakan....Memperkenalkan Stevia...
3 hari pendedahan dan promosi kepada pengunjung telah menghasilkan pendapatan RM4,900 dan kebanyakan jualan adalah anak pokok Stevia. Memang berbaloi, manakan tidaki, hajat di hati ingin memiliki Samsung Galaxy Tab tercapai jua. Alhamdulillah!
Kami juga berada di sini....www.stenos.com.my
No comments:
Post a Comment