Diabetes adalah gejala lumrah sejak kebelakangan ini, samada Jenis I atau Jenis II. Namun begitu, apa jua jenis Diabetes sekalipun, bicaranya lazim dikaitkan dengan Sistem Endokrin....dan tiada siapapun membicarakan tentang satu lagi sistem yang selari, iaitu Sistem Eksokrin, yang berkemungkinan penyebab Diabetes. Bagaimana boleh kita selesaikan Diabetes jika kita terus menyalahkan sistem yang tidak berkaitan?
Di sini dikemukakan pandangan kedua....
Sisten Endokrin melibatkan kelenjar Pankreas dan hormonnya - Insulin justeru, rawatan pada lazimnya akan menitikberatkan kepada kemasukan Insulin secara makan ubat (oral) atau sebaliknya - suntikan. Tetapi perbincangan ini tidak akan melibatkan Pankreas atau Insulin, sebaliknya kita akan bincang tentang Sistem Eksokrin serta organ yang terlibat dan bagaimana Teh Stevia Hijau boleh membantu mengatasi Diabetes buat selama-lamanya.
![]() |
Penjana Tenaga Manusia |
Perbincangan ini akan menitikberatkan kepada tindakan beberapa kelenjar dan organ penting yang melibatkan proses penghadaman iaitu, Perut, Kelenjar Pylorik dan Duodenum anda. Perkara ini amat penting, dan jika kita gagal memahaminya segala usaha untuk mengatasi isu Diabetes akan menemui kegagalan.
Pertama sekali kita perlu faham bahawa Pankreas hanya akan merembeskan Insulin apabila makanan yang diambil terlebih dahulu dihadamkan sepenuhnya dengan sempurna. Apabila makanan tidak dihadamkan sepenuhnya atau masih 'mentah', rembesan Insulin tidak akan berlaku justeru, pengedaran pemakanan khususnya glukos kepada semua sel akan terhenti, sebaliknya 'gula mentah' akan terus beredar dalam darah tanpa dapat dimenfaatkan oleh sel.
Kerana itu, adalah penting bagi kita untuk memastikan makanan yang diambil perlu dihadam dengan sepenuhnya dan sempurna. Di sinilah perut akan memainkan peranan besar.
Perut bergantung kepada Kelenjar Pyloric untuk merembeskan HCl - Asid Hidroklorik untuk meruntuhkan makanan yang diambil kepada bentuk asas:-
Karbohidrat kepada Glukos, Protein kepada Asid Amino, Lemak kepada Lelemak Terpenting, Vitamin, Enzim dan sebagainya.
Penghadaman lengkap tidak tertumpu kepada HCl semata-mata tetapi memerlukan gandingan sekutu rapatnya iaitu NaHCO3 - Soda BiKarbonit.
Fungsi NaHCO3 ini adalah untuk meneutralkan 'bubur' yang berasid ini bagi melindungi usus tidak bocor berlubang-lubang ditebuk oleh asid Hidroklorik yang amat tajam itu. Apabila 'bubur' ini berkeadaan berasid, injap Pyloric tidak akan buka untuk membolehkan 'bubur makanan' tadi dilimpahkan kepada Duodenum untuk dilumatkan lagi ke dalam bentuk pemakanan bagi kegunaan semua sel.
Dalam keadaan ini, makanan atau 'bubur' yang berasid ini akan menapai dan mengeluarkan gas, keadaan tubuh menjadi tidak selesa. Adakala ia boleh menjadi lebih mudharat lagi sehingga anda mengalami keadaan 'senak ulu hati' (acid reflux), dimana gas bergerak ke atas bukan ke bawah seperti yang sepatutnya.
![]() |
Buncit Adalah Petanda |
Dalam keadaan ini, adakah Diabetes disebabkan oleh berlebihan gula atau kerana makanan tidak dihadamkan sepenuhnya?
Kedua-duanya ada kebenaran masing-masing!
Memandangkan gula memerlukan lebih banyak bahan bakar untuk diuraikan, kekurangan bahan bakar akan menggugatkan gula diruntuhkan ke tahap glukos, dalam lain perkataan, gula tidak dicernakan dengan sempurna justeru, pengambilan gula dalam kadar tinggi sudah tentu akan membebankan sistem penghadaman anda yang sememangnya lemah. Maka itu, kita boleh buat ketetapan bahawa penghadaman lengkap adalah faktor utama untuk mengelak seseorang itu menjadi mangsa Diabetes.
Dengan demikian, adalah wajar bagi pengidap Diabetes, mengambil tindakan segera untuk membetulkan sistem penghadamannya dengan baik, dan kebarangkaliannya gejala tersebut akan lesap adalah besar, malah bukan mustahil pengidap boleh membalikkan keadaan tubuh mereka seperti sediakala.
Bagaimanakah caranya untuk kita berbuat demikian?
Sebenarnya ia amat mudah lagi murah untuk dilaksanakan, tetapi kita perlu tahu apakah yang diperlukan oleh tubuh untuk memastikan sistem penghadamanya berkeadaan baik?
Tubuh hanya memerlukan Air (H2O), Natrium Klorid/Garam (NaCl) and Karbon DiOksida (CO2) yang sedia ada di sekeliling kita untuk membina sistem penghadaman yang lengkap.
H2O + NaCl + CO2 akan bertindak untuk menghasilkan sama banyak HCl (Asid Hidroklorik) & NaHCO3 (Soda Bikarbonit). Dalam lain perkataan, jika tubuh menghasilkan satu sudu besar HCl, ia juga akan menghasilkan satu sudu besar NaHCO3.
Tetapi, dalam keadaan sebenar hari ini, kanak-kanak ataupun orang dewasa jarang minum air segar, malah selepas makanpun mereka minum 'Air Sirap' atau cecair lain seperti 'Air Limau', 'Air Cola' atau 'Air Tin/Kotak' dan sebagainya. Bagaimana tubuh mahu dapat H2O?
Tanpa H2O (air) , bagaimana tubuh mahu membikin HCl? Tentang NaCl atau garam kita tidak perlu risau, kerana makanan yang dimakan sedia membekalkan bahan ini, begitu juga dengan CO2, berlambak-lambak bahan ini di dalam tubuh, tetapi bahan paling penting sekali iaitu H2O (AIR) PERLU DIMASUKKAN!
Sudahlah bekalan HCl dan NaHCO3 tidak mencukupi, makan pula seperti 'tiada esok bagi mu', bagaimana makanan mahu dihadamkan? Apa nak dihairankan jika perut kekal buncit dan tentu sekali Diabetes datang diundang.
Sekarang kita dah sedar akan betapa pentingnya air segar dalam kesihatan tubuh justeru, kita sewajarnya perlu minum air segar setiap hari, lebih baik lagi sebelum makan. Apabila kita dapat mengatasi masalah penghadaman, mengatasi Diabetes hanya memerlukan sedikit masa sahaja.
2 cawan/hari Diabetes boleh pergi |
Ini adalah kerana pengidap Diabetes mempunyai lambakan sisa asid sudah sekian lama. Setiap molekul asid perlu satu molekul garam untuk mengiringi sisa tersebut keluar dari tubuh melalui air kencing serta air peluh.
Garam terbaik boleh didapati di dalam daun Stevia hijau kerana kepelbagaian jenisnya, khususnya garam elektrolit yang berbentuk 'koloid'. Maksudnya 'koloid' ialah saiznya yang teramat halus - 1/1700 berbanding sel darah. Saiz ini memudahkan garam meresapi tubuh ketika masih di dalam mulut lagi, malah air teh Stevia ini boleh juga disapu ke bahagian yang sakit seperti yang dialami oleh pengidap 'gout' atau sakit sendi.
![]() | |
sapu teh Stevia di bahagian sakit |
Selain dari pengidap Diabetes, warga obes juga wajar mengamalkan minuman teh Stevia. Kelebihan Teh Stevia Hijau ini ialah ia manis walaupun tidak terdapat sebutirpun gula di dalamnya, tetapi yang lebih penting lagi ia tidak membawa kalori ke dalam tubuh. Maknanya manis ada gemuk tiada! Minumlah semanis mana anda suka, kalorinya tetap SIFAR!
![]() |
Jantung dibebani dengan lemak |
Apabila Teh Stevia Hijau dikatakan AJAIB, bukanlah kerana untuk menyedapkan kata-kata, tetapi kerana keupayaannya yang amat luar biasa untuk mengembalikan kehebatan tubuh manusia seperti mana ia diwujudkan pada mulanya.
Kerana itu, tidakkah meminum Teh Stevia Hijau akan memberi anda banyak kelebihan?
Dapatkanlah Teh Stevia Hijau dan amalkan selalu, tubuh anda pasti berubah. Jika ada kesempatan tanamlah pokok Stevia di halaman rumah anda untuk keperluan sendiri.
Stevia Rebaudiana tidak digelar pokok ajaib sekadar untuk berkata-kata sahaja, ia memang AJAIB!
No comments:
Post a Comment