Untuk menggandakan bilangan pokok Stevia, anda boleh lakukan dengan 2 cara:
- Melalui keratan
- Melalui Benih Bunga
Melalui Keratan
Kaedah ini amat mudah dan sesiapapun boleh melakukannya. Kadar kejayaan amat bergantung kepada persiapan awal, perihatin dan cermat.
1. Gaul tanah biasa (tanah liat) + tanah bakar + sabut - nisbah 1:1:1 dan masukkan
sedikit air untuk membasahkan campuran tanah tadi menjadi lembab
Tweet
1. Penyediaan Tanah 2. Menyediakan polibeg
1. Gaul tanah biasa (tanah liat) + tanah bakar + sabut - nisbah 1:1:1 dan masukkan
sedikit air untuk membasahkan campuran tanah tadi menjadi lembab
2. Masukkan tanah ke dalam polibeg saiz 5" atau 13cm sebanyak 3/4 penuh. Ada
baiknya 1/4 bahagian atas polibeg dilipat keluar.dan buat lubang halus dalam tanah
polibeg untuk mudahkan keratan dimasukkan nanti.
3. Memilih benih keratan 4. Menyediakan keratan
3. Pilih keratan dari anak pokok yang batangnya tegap dan gunakan gunting untuk
memotong dari 4 paras 'node' bahagian pucuk.
4. Buangkan 4 helai daun daripada 2 pasang 'node' (kira dari bawah).
5. Menanam keratan 6. Keratan sudah siap
5. Tanamkan keratan tadi ke dalam lubang tanah polibeg serta mampatkan tanah agar
batang keratan bersentuhan dengan tanah.
6. Siram sedikit air untuk mampatkan tanah dengan batang keratan serta sembur air
keatas keratan tadi untuk meredakan tekanan (stress) keratan anak pokok tadi. Ulang
kerja ini dengan semua keratan yang hendak dibuat.sehingga habis.
Simpan semua keratan yang telah dibuat dari sinaran marahari. Pastikan anda menyiram air keatas keratan 2 atau 3 jam sekali (jika cuaca panas) dan pastikan juga tanah polibeg tidak kering. Jika dijaga dengan betul dan rapi, akar anak pokok akan keluar daripada bahagian 'node' yang tertanam, dan pucuk akan kelihatan segar menghijau. Selepas 2 minggu bolehlah keratan itu dijual atau dipindahkan ke dalam pasu atau ke batas.
Hasil kerja yang pasti memuaskan...hanya 2 minggu!
Kami juga berada di sini.... www.stenos.com
No comments:
Post a Comment