Membenih dari Bunga

  Benih-Benih Kemakmuran 

Kepada masyarakat umum, bunga-bunga ini hanyalah bunga, tetapi kepada yang mengenalinya, inilah bunga-bunga kemakmuran yang hanya membahagiakan kehidupan. 

Membenih melalui bunga


Cara ini dapat menjaminkan penanam Stevia bilangan pokok yang lebih banyak walaupun ia mengambil masa yang lebih lama berbanding keratan. Jika mahukan bilangan pokok Stevia dengan banyak di peringkat awal, inilah kaedah yang paling sesuai.

1  Dapatkan Benih dahulu.

Kami juga membekalkan bunga benih dari baka berdaun lebar, tinggi dan tegap.

                            2. Tananh campuran                      3. Tabur benih

2.  Sediakan satu bekas untuk campuran tanah biasa (tanah liat) + tanah bakar atau  
    kompos + sabut - nisbah 1:1:1 dan tuang sedikit air dan gaul untuk melembabkan 
    tanah campuran tersebut. Masukkan tanah campuran ini ke dalam bekas semaian.

3. Taburkan benih dengan menggosok-gosok bunga kering dengan dua tapak tangan 
    merata di atas tanah dalam bekas semaian tersebut dan simpan di tempat teduh 
    beratap. Pastikan tanah semaian sentiasa lembap. Sembur air setiap hari 
    menggunakan bekas penyembur.JANGAN tuang atau curah air secara terus ke tanah 
    semaian agar tidak mengganggu proses percambahan.

                  4, Cambahan anak pokok 14 hari      5. Cambahan berusia 2 bulan

4. 14 hari kemudian cambahan anak pokok akan kelihatan ada yang lebih besar dari yang 
   lain. Ada yang cambah dahulu dan ada pula yang kemudian. JANGAN LUPA sembur   
   air setiap hari.

5. Apabila cambahan berusia 2 bulan, bolehlah dipindahkan ke dalam 'tray' atau polibeg 
    untuk membesar bersendirian.

                      6. Cambahan dipindahkan         7. Anak pokok sudah membesar

6.  Ketika ini sedikit baja organik di berikan untuk tumbesaran seterusnya dan pastikan ia 
    mendapat sinaran cahaya matahari disamping menjurus air setiap hari.
7. Anak pokok sudah sedia untuk dijual atau dipindahkan ke batas untuk terus membiak 
    melalui keratan pula..

Setelah mempunyai ratusan anak pokok, barulah kerja menggandakan bilangan anak pokok boleh dilakukan dengan cepat melalui keratan. Kaedah ini mudah tetapi anda perlu banyak bersabar.

Anda juga boleh melawat kami di... www.stenos.com.my

No comments:

Post a Comment